Sunday, February 6, 2011

Nodame Cantabile!

Aku suka tengok cerita ni..Kakak aku yang bagi..Aku tak tau dia download ke, amik dari kawan dia ke..
Dia cerita pasal Noda Megumi or just Nodame(Juri Ueno) and Chiaki Shinichi (Hiroshi Tamaki)..


Nodame-Heroin..Minah ni pianist (orang yang main piano,macam aku,haha)..Dia belajar maen piano dari kechik..Dia duduk dekat sebelah rumah Chiaki..Masa dia balik,(first time meet)dia jumpa Chiaki kat depan rumah dia(Chiaki).

Chiaki-Hero..Mamat ni pun pianist jugak..Dia main violin..Tapi dia suka conductoring..

Dia cerita pasal muzik..Lagu ending-Beethoven Symphony no.7(piano version)..
Piano Competition,Conductoring Competition and Orchestra Competition..

Jadi Orang Pahangla~

Assalamualaikum..Esok,Aku travel ke Pahang..Pagi-pagi buta dah keluar dari rumah..Barang-barang dah siap,only wait to go there..Malam ni gerenti aku tak tidur lena..Haha..Kakak aku dah jadi orang pahang, ni aku pulak..haish..Cuma uniform je aku tak beli lagi..Hehe..Nak tau tak..Semalam aku mimpi dekat mrsm tu ade kolam renang and piano..wah!..Haha..Beg bertimbun macam tilam..Happy:)Happy:)..

Saturday, February 5, 2011

Maksud Disebalik Perkataan 'Salam'?

What Is The True Meaning?

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat
tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk). (QS. 43:89)
baik gunakan...ASSALAMUALAIKUM or
ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...

Peringatan~~
 Yang Betul
 “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”
 Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, ada yang salah..

Jawab salam yang betul ialah ;
 “WAALAI KUMUS SALAM”..
Aku selalu dengar orang sebut; 
“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita cakap
"Kirim salam, assalamualaikum pada Najmi yer” contoh lerr…
Dan bukannya : “Kirim salam kat Najmi yer”
Selalu orang buat-” Ko tolong kirim
salam maut kat dia yer“.<-Kurang Ajar?

Kalau macam ni,walaupun kite nak gurau, tapi ia adalah menyalahi syariat
dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan
“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti
dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.
Aku ingat ke Salam dah ok.. 
Aku tak tau ni betul ke tak.. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk
orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘
dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud
HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.
Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan
dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

Heh?
Bye- jarum sulit Kristian- "Di Bawah Naungan Pope".
Akum-“Binatang”dalam bahasa Yahudi.
“Semekom”-“Celaka Kamu.”
Use word“ As Salam” bagi singkatan i“Assalammualaikum.”

Aku selalu guna Bye..Habis,nak cakap ape?Selamat Tinggal?Tak terlalu supan ke? 
Haha..


Thursday, February 3, 2011

New Thing~~

Assalamualaikum..Morning Morning everyone..Semalam pun aku keluar taw..Aku beli Pencil Case gambar piano (Wah~~)..Aku jumpa dekat satu kedai..Dah lame aku nak..hoho..^^



I love you!!~~
Aku beli jugak sandal nak bawak pergi MRSM..Sandal, Selipar Jamban, Kasut Sport and Kasut PVC je boleh bawak..

*Bling Bling
Hehe..That 's my new thing yesterday!!See you next time ..Bye!!

Ninie

Wednesday, February 2, 2011

TRIP 5@Terakhir :Uruskan MRSM

Assalamualaikum..Dalam post yang ni,dah jadi 2 post February 2011..
Haritu aku pergi Medical Check Up dekat Sentul..Nape pergi jauh sangat?Aku rase tak de klinik untuk medical check up la dekat-dekat sini..Dia nak X-ray sekali..Aku pergi Klinik Mediviron..Doktor India dekat situ..Mula-mula buat Ujian Air Kencing..


Then,buat X-ray..Die suruh pakai baju t-shirt warna biru nak dekat hitam..Uwaa..lagu laju gila jantung aku berdegup..wahaa..Dia suruh rapatkan kaki..tangan letak dekat pinggang..bahu letak dekat skrin..tarik nafas..Dr tu tutup pintu..(Tahan Nafas)..Pastu dia masuk balik,suruh hembus nafas,amik skrin,suruh aku tukar baju.. 


Lepas tu,Dr tu tanya aku soalan yang MRSM bagi..Lame jugak la..semua sekali RM75.00..
After that, we all pergi PCMC (tempat kerja bapak aku) nak suruh HR bapak aku sain(T.T)..





Aku lapar tau..Aku pergi My News..Mula-mula pergi aku beli plaster (sebab kaki aku luka) n roti gardenia yang bentuk bunga tu..Lepas makan..Aku lapar balik..Aku beli Corntoz yang Cheese tu pulak..Aku nampak ada sekumpulan Cina sebelah kerusi kiteorang..Anak dia siap main I PAD lagi..wahh..


Pastu..Kiteorang pergi pulak Taman Melawati nak bayar yuran MRSM..Ya ALLAH..Jalan nak masuk sana pun dah jam..Aku sempat tidur lagi..Kiteorang pergi BIMB(Bank Islam)..Mula-mula aku tekan no giliran dapat 2008,tapi takde no sekarang..Bapak aku tekan lagi sekali,dapat no 1160..Nak tau tak..yang tulis no sekarang tu no berapa? 1090!! Dahla satu kaunter je yang bukak..frust gila..


Kiteorang sempat Tidur,Makan,Jalan-jalan lagi..Duduk dekat bank je dari pukul 1.30 - 4.30..(Kalau tak silap aku)..Sambil-sambil tu, aku ngan kakak aku pergi kedai buku and alat seni lukis..wah..terpegun aku masuk kedai tu..Segala jenis berus,cat ada..Aku beli pen stabilo Point 68 ..RM3.00..Warne purple..Aku nak buat mind-mapping senang..berkaler-kaler..*bling-bling..


And the last one,Kiteorang pergi Medan Idaman nak photostat, print gambar, tukar tali raket..
We all singgah dekat kedai mamak (aku tak ingatlah..Haji Tapah kut)..Aku order roti planta yang sedap tu..Aku makan licin pinggan..Haha..And kiteorang pun sampai rumah pukul 6.00..Tada..


Ninie
.

TRIP 4:Tesco, aku datang!

Assalamualaikum..Hari Ahad hari tu aku pergi Tesco Ampang nak beli barang aku ngan barang rumah..
Aku belilah macam-macam..Baju Tidur,Deodoran,Selipar Jamban, Pen, Highlight,A4 Paper..Tengok..lambat tulis cerita nih..dah lupa..busy sangat..Hurm..Aku dah bersedia nak pergi sana..only 4 days(tak termasuk hari ni) lagi..hoho..Lepas ni,aku tak tau dekat sana boleh bukak Facebook and Blog lagi..

Aku beli tudung yang sarung tu..Haha..Dekat sana macam-macam warna ada..Aku beli warna hitam..Dekat Carrefour aku beli warna hijau tua and kelabu..Sekali sekala tukar trend..

Haritu aku balik pukul 4.00 petang sebab bapak aku nak tengok Chong Wei vs Lin Dan..Aku sukeee sangat-sangat tengok Chong Wei main..Rasa semangat gila..Chong Wei kalah Korea Open..Sedih jugakla..Open Malaysia haritu Chong Wei menang vs Taufik Hidayat..Lin Dan tarik diri sebab sakit belakang..yeke?

Aku tengok ramai jugak orang korea yang menyokong Chong Wei..Parents aku cakap , ramai pelajar kita pergi sana belajar..Ah..Aku pun nak belajar kat sana..안녕하세요,아이니입니다..Maksud nya Hello,Saya Aini..dahlah..Aku rasa tu je dalam post ni..Bye Bye~...(>-<)*wink wink

Ninie

Tuesday, February 1, 2011

TRIP 3:Carrefour

Assalamualaikum..kita bertemu lagi dalam trip yang ke 3..Tak ada benda yang best pun dalam post nih..Aku suka pergi Carrefour sebab dia punya escalator best..senget je..Kadang-kadang aku takut nak naik ..haha..Aku beli kain nak buat baju kurung..Warna merahputih,birutua,coklatkuning n hitamkelabuputih..Pastu beli beg,baldi,hanger n sikit barang nak bawak pergi sana..Haritu pun aku balik lambat jugak..dalam pukul 12.00..Ngantuk gile..^^
Kiteorang makan nasi ayam at the food court..Aku tengok budak-budak yang main dalam tu..semua ganas ganas..Hihi..*-*

Ninie