Tuesday, December 6, 2011

Puding Roti Marble Marvelous:)

      Assalamualaikum and hi . 

~ Bahasa memartabatkan bangsa~

~Colourful~

So , today ninie nak tulis resipi Puding Roti Marble dari kak hana or myresipi.Well , actually , my mom yang buat ni . .Sudapp!! Makan bila sejuk!:) 

Kalau *Laila and *Atiqah ingat , puding ni pernah Ninie bawak masa Raya Haji dekat MRSM . .:)

* Pelajar tingkatan 1 tahun 2011 Maktab Rendah Sains MARA Muadzam Shah:)

Ok , jomjom tengokk resipi :)

~Bahan-bahan~

10 gram agar serbuk
1/2 cawan gula pasir
3 cawan air
2 sudu besar marjerin or mentega
2 sudu besar koko
1 atau dua pewarna

Bahan kisar

4 keping roti
2 biji telur ayyam
1/2 cawan susu pekat 
1 tin susu cair (400 ml)
1 sudu teh vanilla

~Cara - cara ~

1. Masak serbuk agar + gula + air . 
2. kisar bahan kisar .
3. Masukkan bahan kisar tadi kedalam periuk agar-agar tadi .
4. Masukkan marjerin , kacau rata sampai mendidih . Matikan api . 
5. Bahagikan kepada berapa warna yang korang nak buat . My mom buat 4 . Satu warna asal , satu bubuh koko , yang lain , pewarna . Koko tu , kacau cepat - cepat  . Biar sebati . 
6. Tuang dalam loyang  secara berselang seli . Bubuh tengah - tengah dia  and warna seterusnya taruk tengah - tengah warna sebelum tu .
7 . Simpan dalam peti sejuk . Biar plus minus sejam . 
8. Makan:)


Selamaat Mencuuba:)


2 comments:

  1. nmpak senang nk buat, tpi blom cuba blom tau.
    rajin ek kongsi resepi. hehe :)

    gmbar tu nmpk menyelerakan. hahaha~

    ReplyDelete

Komen jangan tak komen !